Thursday, November 4, 2010

~ kawal kemarahan kita ~


kena marah

Imam Ghazali membahagikan 4 kategori jenis kemarahan iaitu:
1. Orang yang cepat marah, maka cepat hilang marahnya.  
2. Orang yang lambat marah, maka lambat reda kemarahannya.  
3.Orang yang lambat marah, cepat pula reda marahnya.
4. Orang yang cepat marah tetapi lambat reda kemarahannya.

  • Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Bukanlah orang yang kuat itu orang yang dapat mengalahkan orang lain dengan kekuatannya. Sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang mengawal dirinya ketika dalam kemarahan. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Malik & Ahmad)  

  • Daripada Sahl bin Muaz daripada ayahnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menahan marahnya sedangkan dia boleh melepaskannya, Allah SWT akan memanggilnya pada hari Kiamat lantaran Allah memberinya pilihan (untuk memilih) mana-mana bidadari yang dikehendaki. (Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Ibn Majjah & Ahmad)


Cara Mengawal Amarah

Individu yang normal pasti akan mengalami perasaan marah apabila berhadapan dengan situasi yang memungkin perkara itu berlaku, dan kemarahan itu tidak boleh dielakkan. Perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan rasa marah adalah seperti berikut:
  •  Sibukkan diri dengan mengingati Allah. Misalnya dengan berzikir dan berselawat. Firman Allah dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai anak-anak Adam, apabila kamu marah, ingatlah kepada-Ku.” 
  • Meminta nasihat daripada orang berpengalaman. Suatu kisah yang berlaku pada zaman Nabi, sepasang suami isteri yang sering bergaduh bertemu baginda untuk meminta nasihat. Lalu kata Nabi, “Apabila kamu berasa marah, maka hiruplah air dan biarkan air itu di dalam mulutmu sehingga kemarahanmu reda.
  • Marah itu datangnya dari syaitan. Oleh itu, mintalah perlindungan dari Allah seperti membaca kalimah taawuz.
  • Jika berasa marah ketika sedang berdiri, maka hendaklah duduk, dan jika sedang duduk, maka hendaklah berbaring.
  • Fikirkan tentang kemurkaan Tuhan dan hukuman dari-Nya. Siapakah yang lebih besar kemarahannya, manusia atau Tuhan. Apa akan berlaku sekiranya Tuhan menunjukkan kemurkaan-Nya?
  • Maafkan orang yang menyebabkan kemarahan itu. Setiap orang melakukan kesilapan termasuk diri kita. Jika kita mengharapkan keampunan Tuhan, maka wajarlah kita bersedia untuk memaafkan orang lain. Sifat saling maaf-memaafkan akan mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat.
  • Berwuduklah. Sebaik-baiknya lakukan solat sunat.

    0 comments: