Monday, May 16, 2011

:: sajak Hari Guru ::

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta) 
 
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
 
USMAN AWANG
1979

Saturday, May 7, 2011

:: Happy Mother's Day buat Mama ::




this picture i edited specially for my mum..
tomorrow morning, i'll send dis picture to her as a present on 
this "mother's day"...
can't wait to see her respon...
i hope she will like it...


HATI2 MELAWAT ORG MENINGGAL (PENGALAMAN SEORG SAHABAT)



Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah. ...  Beringat sblm kene... ingatlah orang tersayang... . please take note of  this for our own good.... org tua-tua used to say.... bila balik from  melawat org meninggal, terus ke bilik ...air, cuci muka, rehat sebentar  baru tegur anak2 dirumah.   Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi  perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya,  tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula  menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya  bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi  dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.   Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak  berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat  saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang  tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut.  Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan  hati untuk kerumah itu (rumah ibu).   Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang.  Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata  di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang  hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke  bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri  untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari  Allah...katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian  jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal  mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah  mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu  menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi  saya mungkin turut meninggal.   Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd  hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini,  mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa  petang itu, alhamdulilah.   Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang  sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang  diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang  disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya  (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami  tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan.  Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.   Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti  kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang  dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian  datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan  mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan  air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut.  Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man  (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan  bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu  yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku  pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah  banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man  meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik  Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi  saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi  saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin  yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama  terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang  terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan  ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang  ulat-ulat itu ke longkang.   Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada  saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga  yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari  ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat.  Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk  bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan  itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu  terjadi kpd bayi saya.   Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga  berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba  sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur  kerana bayi saya sudah pandai bertatih.   Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man  sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari  alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke  alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya  sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran,  tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang  kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan  rumah tu tak ada waris.   Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat  untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran. Terima kasih dan  saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup)  dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah  meninggal.

Thursday, May 5, 2011

:: Jadual Exam May 2011 ::

19 hb MAY ~ EDU 3101 
23 hb MAY ~ EDU 3102 
24 hb MAY ~ PJM 3101 
25 hb MAY ~ PJM 3102

27 hb MAY ~ BALIK KAMPUNG !! YEEEAAAHHHAAA...

Sunday, May 1, 2011

mengapa piring 'ASTRO' menghadap kiblat?

  Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?    

KENAPA BEGITU?

Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969.

Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.   Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh, bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.  

  Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya.

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah...

Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..        

:: jalan2 di Kota Kinabalu ::

30 hb April 2011
aku n kwn2 pi kk ari ni.. hohoh..
jalan2 abeskan duit elaun... ^^
banyak gak yg aku abis..
beli hard disk, kerongsang utk ma, dan brg2 yg org kirim..
tp sedikit terkilan sbb x sempat nk beli hadiah utk 'si dia'..

ini la xtrenal HD aku..
lama da teringin nk beli ni..hmmm...
then aku beli buku cerita ni ::


aku nak kumpul buku2 cerita yg macam ni..
dan bila aku ada umah sendiri, hajat aku nk buat satu bilik tu sbg 
'mini library'... hehehe...harap2 tercapai hasrat aku...