Friday, November 5, 2010

Kau Sahabat Kau Teman

“Telah tiba saat waktuku meninggalkan dikau, 

kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan, 

sedih rasanya hati ini bila mengenangkan , 
kau sahabatku, 
kau teman sejati” 

Itulah ucapan yang diungkapkan Syamel ketika nyawanya bagai telur dihujung tanduk,setelah mengungkapkan ungkapan itu,Syamel pergi meninggalkan Khuzairi buat selama-lamanya. 
* * * 

“Hey,apa tolak-tolak ni,tak nampak orang ke,hah?!”tengking Khuzairi. 
“Apa hal pulak dengan kau ni,siapa yang tolak siapa sekarang ni?!!” balas pelajar tersebut. 
“Eh..kau ni,nak kena belasah ke?! “herdik Khuzairi yang mula naik berang. 
“Hei..Khuzairi,kau nak panggil siapa belasah aku,siapa kawan kau,setahu akulah,kau mana ada kawan,wei,sedarlah diri kau tu sikit!!!!!” kata pelajar tersebut yang kemudiannya disusuli hilai ketawa, 
“Okey,aku tahulah kau tu ramai kawan,aku tak ada kawan!” kata Khuzairi lalu pergi meninggalkan mereka dalam keadaan bengang. 
“Kurang ajar betul,nanti kau Amin,kalau aku dapat kau,aku belasah cukup-cukup!!”kata Khuzairi sendirian melepaskan geramnya. 
“Khuzairi…?” teriak seorang pelajar bernama Syamel. 
“Hah,nak apa….?!!” tengking Khuzairi. 
“Heh,janganlah marah-marah,aku kan panggil kau baik-baik,janganlah menengking!”marah Syamel semula. 
“Maaflah kalau aku menyinggung kau,aku ingat siapa tadi,nak apa ni?!” kata Khuzairi pula. 
“Oh..kalau macam tu tak apalah,janganlah lepaskan kemarahan kau tu kepada orang lain,tak baiklah,tadi kau gaduh dengan Amin,kan?!” Syamel menyoal. 
“Dah tak payah nak berceramah kat sini,suka hati akulah nak gaduh dengan siapa pun,yang kau tu sibuk apa pasal?!!”tengking Khuzairi. 
“Tak adalah,tengoklah tu,aku baru cakap sikit dah melenting,banyakkan bersabar,kawal panas baran kau tu!”Syamel tetap dengan syarahannya. 
“Eh,aku malaslah nak dengar ceramah kau tu,membosankan,apa pasal kau sibuk sangat hal aku ni?!” kata Khuzairi sambil bangun meninggalkan Syamel. 
“Ada sebab aku nak kawan dengan kau,aku pun memang suka berkawan dengan kau,eh…mana kau nak pergi tu?!” kata Syamel yang kemudiannya turut bangun mengejar Khuzairi. 
“Heh,jangan ikut akulah,aku bukannya kawan kau,pergi,aku tak ada kawan kat sini,tahu tak?!”katanya sambil pergi meninggalkan Syamel termanggu keseorangan. 
Syamel terasa terkilan kerana tidak dapat berkawan dengan Khuzairi,dia mahu berkawan dengan Khuzairi kerana wajahnya mengingatkan Syamel kepada sahabat sejatinya yang telah meninggal dunia akibat penyakit barah paru-paru,rakannya itu yang koma selama beberapa bulan,akhirnya menyahut seruan Illahi dikala Takbir Hari Raya Aidilfitri bergema,sayup hati hanya tuhan sahaja yang tahu.Rakannya ‘pergi’ ketika Syamel sedang membisikkan dua kalimah syahadah di cuping telinga rakannya. 
* * *


“Hey,Khuzairi,mari sini kau!!”panggil seorang pelajar ketika Khuzairi mahu pulang ke rumahnya. 

“Ha..nak apa!?”kata Khuzairi. 

“Eh..kau Amin,nak apa ni,nak gaduh ke?!”kata Khuzairi yang dapat membaca apa yang mahu dilakukan oleh musuhnya itu. 
“Hah,apa kau orang semua tunggu,belasahlah dia!!”Amin memberikan arahan. 
“Eh,apa ni,kau main kotor Amin,aku takkan lepaskan kau nanti!”kata Khuzairi sambil mahu melarikan diri tapi semuanya sia-sia.Khuzairi dibelasah dengan teruk sekali,jeritan meminta tolong tidak diendahkan,Amin tergelak besar,bagai memenangi cabutan loteri Rm1,000,000. 
Jeritan itu akhirnya didengari oleh Syamel,Syamel berlari untuk memberikan pertolongan. 
“Hei,apa yang kau buat tu hah,nak jadi samseng sekolah ke,dah tak nak sekolah lagi ke?!!” jeritnya sambil membuka langkah silat Gerak Kilat yang dipelajarinya daripada ayahnya itu. 
“Alamak,Syamel,heh kau orang lari semua,kalau tidak,nahaslah kita semua!”kata Amin sambil melarikan diri meninggalkan Khuzairi yang hampir tidak bernyawa. 
“Sya..mel,tolong aku,tolong aku,Syam…”pinta Khuzairi yang kemudiannya pengsan. 
“Eh,alamak Khuzairi,bangun,bangunlah jangan macam ni!”kata Syamel sambil menampar-nampar pipi Khuzairi. 
Syamel kemudiannya pergi mencari cikgu sekolahnya untuk memaklumkan perkara yang telah terjadi.Tak lama kemudian cikgu sekolahnya dan beberapa orang lagi pelajar itu datang ke tempat kejadian lantas membawa Khuzairi ke hospital berdekatan, mereka kemudiannya membuat laporan polis. 
Selama seminggu lebih Khuzairi terlantar di hospital,kecederaan yang dialami Khuzairi agak serius,dia hampir mengalami kelumpuhan di bahagian kanan badan.Tiada seorang pun daripada keluarga Khuzairi yang datang menziarahinya,hanya Syamel dan kedua ibu bapanya,Idzwan dan Balqis.Khuzairi amat terhutang budi kepada Syamel,dia malu dengan tindakannya tempoh hari. 
“Syamel..” Khuzairi cuba memanggil Syamel ketika dia sedang sibuk mengemas katil Khuzairi. 
“Hah,ada apa..kau ada nak apa-apa ke?” tanya Syamel. 
“Eh..tak ada apa-apa,cuma nak berterima kasih kepada kau sebab sanggup tolong aku hari tu,kalau tidak,dah arwah agaknya aku ni.” kata Khuzairi sambil menunduk malu. 
“Alah,tak ada apa,umur kalau panjang,panah petir pun tak mati,tapi kalau dah ajal,jatuh longkang pun mati,betul tak?” kata Syamel pula. 
“Em…kenapa Amin dengan yang lain tu lari bila kau datang,hah?!” Khuzairi inginkan kepastian. 
“Oh..Amin tu,aku kenal sangat,aku kenal dia dah lama,kita orang pernah belajar silat sama-sama dulu,tapi dia tak khatam belajar,sebab asyik saja ponteng,alah,Amin tu susahlah nak cakap,macam lurus-lurus ekor anjing pun,ada juga bengkoknya.” ujar Syamel. 
“Lagipun kan aku dah cakap aku kawan kau,jadi aku patut tolong kau!” katanya lagi. 
“Kau masih anggap aku ni kawan kau?” tanya Khuzairi. 
“Iyalah,aku pun memang tak ramai kawan,jadi cukuplah aku ada seorang kawan baik macam kau!” kata Syamel. 
“Okey,kalau kau dah cakap macam tu,kita berjanji,kita kawan,sahabat dan teman sejati di dunia dan akhirat!” kata Khuzairi dan kemudiannya diikuti oleh Syamel. 
“Aku nak panggil kau apa,Zai boleh,tak? kata Syamel. 
“Zai…sedap juga,tak ada orang pun panggil aku dengan nama tu,kau pula,aku panggil Syam,okey?” kata Khuzairi pula. 
“Em…bolehlah tu.” kata Syamel. 
“Zai,mana keluarga kau,aku tak pernah nampak mereka sepanjang kau dekat sini?” Syamel bertanya. 
“Hm…ntahlah,keluarga aku memang macam ni,sebab tulah aku jadi liar macam ni,agaknya kalau aku mati sekalipun dia orang takkan ambil peduli” kata Khuzairi yang malu dengan tindakan keluarganya itu. 
* * *


Sejurus keluar dari hospital,siasatan terhadap kejadian itu dijalankan,dan diatas kerjasama yang diberikan,Amin dan rakan-rakannya diberikan amaran keras dan digantung sekolah selama seminggu.Kini,setelah menyemai persahabatan itu selama beberapa bulan,keakraban mereka makin utuh,hanya maut Tuhan sahaja yang mampu memisahkan persahabatan mereka berdua,mereka berpegang kepada kata-kata ini… 



‘Seorang kawan tidak akan menjadi musuh 
jika tidak menerima bantuan,TETAPI 
seorang musuh mungkin menjadi kawan 
jika menerima bantuan.’ 

“Zai,aku nak tanya sikit ni,pada pendapat kau,kawan,teman dan sahabat tu apa bezanya?” Syamel mengutarakan soalan yang jarang sekali ditanya oleh kawan-kawannya sebelum ni. 
“Em..bagi aku kawan tu,biasa saja,tak ada apa yang yang istimewa,kita kalau ada dengan dia,kita tak banyak cakap,kita banyak diam saja,tak reti nak berbual apa,orang macam ni ramai.Biasanya kawan untuk bergembira ni lebih ramai daripada kawan berduka,bukan begitu?.Teman dan sahabat bagi aku lebih kurang sama sahaja,itu terpulang kepada seseorang untuk mendefinisikannya,itu pendapat akulah,tak tahulah aku pendapat kau macam mana pula?”jawab Khuzairi dengan panjang lebarnya. 
“Bagi aku pula,sahabat sejati adalah sahabat yang susah untuk kita temui.Sahabat yang baik,susah dicari,lebih sukar ditinggalkan,dan mustahil dilupakan.Pada aku,setiap ikatan itu bermula dengan ikatan yang dinamakan kawan,daripada ikatan inilah,ia terus-menerus menjadikan hubungan itu berpanjangan dan kekal,tapi ianya terpulang kepada semangat setiakawan yang ada.Ramai orang cakap,kita kena pandai pilih kawan,kerana kawan itu melambangkan diri kita.Teman yang sejati,sedia berkongsi segala duka kau bersama,dan dia akan sentiasa gembira jika kau gembira.Hm…itulah saja yang aku tahu.”kata Syamel dengan panjang lebarnya. 
“Huh…panjangnya…eh hari itukan kau ada bawakan aku buku,aku ada baca satu kata-kata hikmat,nak dengar?” ujar Khuzairi. 
“Apa?!” jawab Syamel yang berminat untuk mengetahui. 
“Sahabat yang soleh,malunya mengatasi perawan,beraninya mengatasi pahlawan,cintanya bukan pada gambaran,rindunya bukan pada pertemuan,tapi hatinya sarat dengan iman dan ketakwaan.Lagi satu ini dia,sayangilah sebuah perkenalan kerana disitu terciptanya kemesraan,kenangi sebuah perhubungan kerana disitu tercipta kerinduan.Hargailah kedua-duanya kerana itu adalah rahmat dari-Nya.Macam mana?!” ujarnya lebih panjang dari Khuzairi. 
“Oh…bagus yer,kau ambil dekat bahagian mana,tak pernah nampak pun?!”kata Syamel. 
“Bahagian renungan!”kata khuzairi pula. 

* * *


Hari demi hari persahabatan mereka kian utuh.Bulan bersilih ganti,dan bahang untuk menyambut bulan Ramadhan kian terasa.Dan cuti semester akhir dah pun bermula.
“Khuzairi,nak ikut aku balik?” tanya Syamel kepada Khuzairi.
“Ah…aku seganlah dengan mak ayah kau,boleh ke aku ikut?”tanya Khuzairi.
“Boleh,mak dan ayah aku takkan marah,jom!” kata Syamel sambil menarik
tangan Khuzairi berkemas sekali untuk pulang bersama-sama.
“Assalamualaikum..mak,Syam balik ni,tengoklan siapa yang ada sekali dengan Syam” kata Syamel kepada ibunya. “Waalaikum salam,eh…Syam,bila kau sampai,nak.Khuzairi,kamu apa khabar?”kata ibunya,Balqis yang agak terkejut melihat mereka berdua pulang.
“Baik,mak cik,saya sihat,mak cik apa khabar?”tanya Khuzairi pula.
“Baik,alhamdulillah.Masuk-masuk,jangan diri dekat luar,kamu apa khabar,Syam?” kata ibu itu sambil menyuruh mereka masuk.
“Sihat,mak,ayah mana?” Syamel bertanya kepada ibunya mengenai ayah kesayangannya itu.
“Emm…mana lagilah ayah kamu tu,dekat kebunlah,mana lagi dia nak pergi,semenjak dia pencen,tak pernah lekat kat rumah,macam cacing kepanasan!” celoteh ibu tua itu.
“Tak apalah mak,bukan ke berfaedah kerja tu,lebih baik daripada ayah duduk sahaja di rumah,kan ?” kata Syamel membela ayahnya itu.
“Yelah,bapak borek anak rintik!”dengus ibu itu,kelakuan mereka disusuli gelak tawa.
“Biasalah!”kat Syamel ringkas.
“Dah,pergi makan,Zai,Syam lepas makan pergi sembahyang.Lepas tu kamu pergilah jengukkan apa yang ayah kamu buat tu,tolonglah dia,tulang ayah kamu tu bukannya kuat lagi,faham!” kata ibu itu bagaikan komando memberikan arahan.
“Faham,Puan!”kata mereka serentak dan ibu itu hanya tersengih.

“Ayah….!”teriak Syamel.
“Ayah disini,nak!” ayah tua itu menyahut sebaik sahaja mendengar teriakan putera kesayangannya.
“Bila kamu balik,Syam,Zai apa khabar,nak?” kata ayah tua itu bertanyakan khabar sambil menghulurkan tangannya.
“Alhamdulillah,kami sihat,baru sahaja sampai,lepas makan dan sembahyang terus kami ke sini,ayah apa khabar?,ni dia mak bekalkan kuih.” Kata Syamel sambil mengeluarkan kuih Seri Muka yang dibuat oleh ibunya.
“Ayah sihat,em..alhamdulillah,marilah kita makan sama-sama”kata ayahnya itu.
“Pak cik selalu ke habiskan masa kat kebun ni?” Zai bertanya.
“Emm….selalu,kalau tak ada apa-apa nak dibuat kat rumah tu,pak cik datanglah sini,tanam pokok ke,bunga ke,apa-apalah!”kata pak cik itu sambil menyuapkan kuih ke dalam mulut Syamel dan perhatikan dengan cemburunya oleh Khuzairi.
* **


Kini sudah setengah bulan lebih Khuzairi duduk di rumah Syamel,dia merasakan amat bertuah kerana dapat merasai kenikmatan berpuasa dan berhari raya di kampung,dia sudah maklumkan keluarganya yang dia akan beraya di kampung Syamel.Suasana dan bahang hari raya kian dirasakan lebih-lebih lagi di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.Mereka sekeluarga banyak menghabiskan masa di masjid. 

Pada keesokkan hari,Syamel mengajak Khuzairi membeli persiapan Hari Raya Aidilfitri seperti baju,songkok dan sebagainya. 

“Zai,apa yang kau buat lama-lama kat dalam bilik tu,lamanya?!” teriak Syamel yang sudah jenuh menunggu Khuzairi. 
“Yelah,kejap,tunggu kejap,nanti aku turunlah!”kata Khuzairi yang mula gelabah. 
“Mak,ayah nak kirim apa-apa tak?”Syamel bertanyakan kepada orang tuanya itu. 
“Hmm…ayah tak nak apa-apa,cuma belikan ayah songkok sahaja,mak kamu kata belikan dia tudung!” jawab ayahnya. 
“Mak,ayah,Syamel pergi dulu,nanti Syemel tak balik tahu,berbuka di luar,jaga diri baik-baik,Assalamualaikum.”kata Syamel,kata-katanya membuatkan ayah dan ibunya terpinga-pinga. 
Sejak dua tiga hari sebelum itu,Syamel tampak sugul,asyik termenung,dia kerap kali merenung Al-Quran dan kemudiannya membaca dengan nada kuat. 
Setelah itu,mereka berdua pun menaiki teksi pergi ke pusat membeli-belah berdekatan. 
“Zai,kau nak beli apa dulu?” tanya Syamel 
"Kita pergi tengok kasut dulu,nak?!” Zai memberikan cadangan. 
“Okey,bebeh!” ujar Syamel. 
“Kita dah beli kasut,lepas ni jom kita pergi tengok baju dengan seluar pula?”kata 
Khuzairi. 
“Boleh,eh baju melayu tak payah beli sebab mak aku nak buat!”kata Syamel. 
“Zai,kalau aku nak belikan kau sesuatu boleh,tak?” tanya Syamel. 
“Eh,buat susah kau saja,tapi kau nak beli apa untuk aku?” kata Khuzairi pula. 
“Aku nak belikan kau sehelai baju,buat kenang-kenangan!”kata Syamel. 
“Okey,tapi aku juga mesti belikan kau sesuatu,boleh?!”tanya Khuzairi. 
“Aku tak kisah,tapi sebelum tu temankan aku beli untuk mak dengan ayah aku songkok dengan tudung.”ujar Syamel dan Zai hanya menurut sahaja. 
Sedang mereka asyik membeli,laungan azan bergema. 
“Eh..dah masuk waktu berbukalah,Ya Allah,tak sedar langsung!”kata Khuzairi. 
Mereka kemudiannya mencari restoran berdekatan untuk berbuka puasa.Setelah selesai mereka ke tempat perhentian bas untuk mencari teksi,sedang asyik menunggu,mereka berbual mesra. 
“Khuzairi,mak aku kata dia nak tudung,andai kata aku tak sempat nak bagi,kau tolong bagikan boleh,sama dengan songkok ayah aku,cakap dekat dia orang SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,anakanda memohon ampun,halalkan makan dan minum anakanda.”kata Syamel di turuti tawa kecil sambil menundukkan mukanya,Syamel dapat merasakan yang dia tidak berpeluang memberikan pesanan orang tuanya itu. 
“Yelah,kenapalah malas sangat nak bagi sendiri,insyaAllah aku kirimkan apa yang kau katakan tu!”kata Khuzairi yang tidak faham disebalik kata-kata sahabatnya itu. 
Sambil itu,Syamel mengeluarkan sebungkus beg plastik berisi kad ucapan dan sehelai baju yang mereka beli ketika membeli belah tadi. 
“Nah,ni untuk kau,inagt jaga baik-baik tahu!” kata Syamel dan Khuzairi hanya mengangguk. 
“Aku pun ada hadiah untuk kau,sehelai baju dan sekeping kad ucapan!”kata Khuzairi pula. 
“Terima kasih!” kata Syamel ringkas. 
Tetapi secara tiba-tiba kad ucapan daripada Khuzairi terkeluar daripada beg plastik itu dan tercampak ke jalan raya,dan tanpa menghiraukan kenderaan di kanan dan kiri,Syamel berlari untuk mendapatkan kad ucapan tersebut daripada dilanggar kereta.Ketika cuba mencapai kad tersebut,sebuah kereta pacuan empat roda memecut laju dan tanpa disedari telah melanggar Syamel,Syamel terkaku di tengah jalan,diam seribu bahasa. 
“Syam…kereta,tepi Syam….Syamel..!” teriak Khuzairi. 
Bummmm….bunyi kenderaan yang telah melanggar Syamel.Khuzairi terkejut melihat sahabatnya dilanggar kereta. 
“Syam….!”jerit Khuzairi sekuat hati. 
Pemandu itu keluar daripada keretanya untuk memberikan bantuan. 
“Khuzairi berlari dan memangku sahabatnya yang terbujur kaku di jalan raya.Kepala dan anggota badan Syamel berlumuran darah,hadiah yang diberikan Khuzairi digenggam erat telah dibasahi darahnya.Diakhir kata Syamel… 
“Zai,kata kat mak dengan ayah aku,aku sayangkan mereka,aku minta maaf sebab tak dapat jadi anak yang baik,kau tolong bagi songkok dan tudung tu,Zai.Zai aku nak minta kau jadi anak angkat mak dengan ayah aku,jaga mereka,sebab aku mungkin dah tak sempat…huk..huk!”kata Syamel yang nyawa-nyawa ikan.Darah semakin banyak keluar. 
“Syam janganlah kau cakap macam tu,aku tak sanggup Syam…!”kata Khuzairi yang menangis teresak-esak. 
“Janganlah macam tu Zai,aku rayu kau,tolonglah,aku tak sanggup nak tinggalkan mereka tanpa ada orang menjenguk…”kata Syamel yang semakin lemah. 
“Jika itu kata kau,aku akan turuti,demi kau Syamel…Syam, 
mengucap..sahabatku…asyhaduallahillah..”kata Khuzairi. 
“Zai,kau sahabatku,kau teman sejatiku…”itulah kata-kata terakhir Syamel sebelum meninggal dunia.Dia tidak dapat diselamatkan kerana kehilangan banyak darah.Syamel meninggalkan dunia yang fana’ ini di dakapan Khuzairi yang ketika itu sedang membisikkan kalimah Allah S.W.T. 
Orang tua Syamel terkejut mendengar berita kemalangan anak tunggal mereka itu,namun bagaimanapun mereka pasrah kehendak Tuhan Yang Maha Esa.Yang mereka mampu hanyalah redha atas segala-galanya. 

“Di pagi Syawal yang hening,mak dan ayah Syamel bersama-sama Khuzairi menziarahi pusara Syamel,hadiah al-fatihah dihulurkan dan didahului dengan ucapan Assalamulaikum,dan bismilliah… 
Setelah pulang dari pusara,Khuzairi melutut di depan mak dan ayah Syamel memohon ampun dan turut menyuarakan wasiat terakhir daripada arwah anak mereka.Tangisan hiba menyelubungi hening pagi itu,Khuzairi kemudiannya membuka kad ucapan yang di tulis oleh arwah sahabatnya,linangan air mata membasahi kad ucapan tersebut,dia membaca kata–kata akhir sahabatnya itu… 
‘Sahabat itu wujud dari 1 pertemuan dengan 10 pertanyaan,100 keyakinan dan 1000 kali pengorbanan serta berjuta-juta kali perjuangan dengan 1 keikhlasan atas keredhaan Allah…’ dan dia menangis membaca watikah akhir Syamel iaitu.. 
‘Telah tiba saatnya daku pergi, 
pergi menyahut Nya dan meninggalkan dikau, 
kerana Yang Maha Esa telah menetapkan, 
sedih rasanya hati ini bila mengenangkan, 
kau sahabatku,kau teman sejati. 
Keadaan pilu itu bertambah pilu apabila disisinya kedengaran lagu dendangan Hijjaz bertajuk ‘kau sahabat kau teman’ 
Lagu itu berbunyi… 
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami, 
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan, 
sedih rasanya hati ini bila mengenangkan, 
Kau sahabatku,kau teman sejati. 
Tulus ikhlasmu,luhur budimu bagai tiada pengganti, 
Senyum tawamu,juga katamu menghiburkan kami, 
Memori indah kita bersama terus bersemadi, 
Kau sahabatku,kau teman sejati, 
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu, 
disaat kau masih dipelukkan, 
Tuhan lebih menyayangi dirimu, 
ku pasrah diatas kehendak Yang Esa. 
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia, 
tempat yang Dikau janjikan nikmat untuk hambaMu, 
sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini, 
walau ku tahu kau tiada disisi. 
Perjuangan kita masih jauh beribu batu, 
selagi roh masih dijasad hidup diteruskan, 
sedih rasanya hati ini bila mengenangkan dikau, 
bagai semalam kau bersama kami, 
moga amanlah dan bahagia dikau di Sana, 
setangkai doa juga Fatihah terusku kirimkan, 
moga di Sana kau bersama para solihin, 
kau sahabatku,kau teman sejati…. 

Lagu itu hilang perlahan-lahan dari corong telinga Khuzairi,air matanya tidak dapat dibendung lagi.mak dan ayah arwah sahabat menjenguk Khuzairi di tepi pintu,lalu Khuzairi pantas bangun memeluk mereka. 



di copy n paste kan :

0 comments: