Saturday, May 7, 2011

HATI2 MELAWAT ORG MENINGGAL (PENGALAMAN SEORG SAHABAT)



Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah. ...  Beringat sblm kene... ingatlah orang tersayang... . please take note of  this for our own good.... org tua-tua used to say.... bila balik from  melawat org meninggal, terus ke bilik ...air, cuci muka, rehat sebentar  baru tegur anak2 dirumah.   Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi  perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya,  tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula  menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya  bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi  dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.   Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak  berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat  saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang  tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut.  Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan  hati untuk kerumah itu (rumah ibu).   Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang.  Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata  di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang  hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke  bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri  untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari  Allah...katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian  jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal  mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah  mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu  menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi  saya mungkin turut meninggal.   Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd  hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini,  mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa  petang itu, alhamdulilah.   Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang  sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang  diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang  disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya  (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami  tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan.  Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.   Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti  kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang  dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian  datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan  mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan  air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut.  Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man  (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan  bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu  yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku  pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah  banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man  meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik  Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi  saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi  saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin  yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama  terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang  terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan  ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang  ulat-ulat itu ke longkang.   Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada  saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga  yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari  ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat.  Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk  bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan  itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu  terjadi kpd bayi saya.   Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga  berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba  sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur  kerana bayi saya sudah pandai bertatih.   Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man  sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari  alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke  alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya  sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran,  tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang  kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan  rumah tu tak ada waris.   Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat  untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran. Terima kasih dan  saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup)  dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah  meninggal.

0 comments: